Gardenia Bawa Senyuman pada Hari Pertama Persekolahan 2026 dengan Snek Enak Squiggles

Bagi mencipta kenangan manis dan memeriahkan lagi hari pertama persekolahan bagi sesi 2026, Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. melalui jenamanya Gardenia Squiggles tampil mengedarkan lebih 1,300 pek snek enak kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor.

Petaling Jaya, 12 Januari 2026 –  Bagi mencipta kenangan manis dan memeriahkan lagi hari pertama persekolahan bagi sesi 2026, Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. melalui jenamanya Gardenia Squiggles tampil mengedarkan lebih 1,300 pek snek enak kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 yang bertujuan untuk menceriakan suasana hari pertama sekolah khusus buat murid-murid Tahun 1, di samping mengurangkan rasa gementar dan membina semangat positif dalam diri murid untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu.

“Suasana hari pertama sekolah selalunya penuh debaran, bukan sahaja bagi murid tetapi juga ibu bapa. Kami di Gardenia ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini dengan membawa keriangan dan sentuhan kasih sayang melalui snek Squiggles yang lazat untuk kanak-kanak. Squiggles bukan sekadar snek, tetapi roti roll   yang membangkitkan nostalgia dalam setiap gigitan. Dengan dua perisa kegemaran ramai, iaitu Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles terus membawa keceriaan kepada semua tanpa mengira usia,” kata Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

“Inisiatif ini adalah cara kami menghargai komuniti sekolah termasuk para guru, ibu bapa dan murid yang sentiasa bersama Gardenia dalam usaha membina generasi yang ceria, aktif dan bertenaga,” tambah beliau lagi.

Program yang berlangsung dari jam 6.30 hingga 10.00 pagi itu turut disambut meriah oleh seluruh warga sekolah. Kehadiran pasukan Gardenia menceriakan suasana di pintu masuk sekolah menerusi pengedaran Gardenia Squiggles kepada murid. Lebih istimewa, 10 orang murid terawal yang hadir ke sekolah turut menerima hadiah khas sebagai tanda penghargaan dan motivasi untuk terus berdisiplin serta bersemangat memulakan hari persekolahan setiap pagi.

Program ini turut diserikan dengan sesi interaksi ringkas bersama murid menerusi aktiviti kuiz semasa perhimpunan. Sesi ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan murid, malah secara tidak langsung mendidik mereka tentang pilihan snek yang menyeronokkan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila murid-murid tampil dengan penuh keyakinan untuk menjawab soalan dan memenangi hadiah.

Gardenia berhasrat untuk meneruskan dan memperluaskan inisiatif seumpama ini ke sekolah-sekolah lain pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembelajaran positif serta menyemai motivasi dan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid sekolah.

This press release has also been published on VRITIMES

  • Related Posts

    Premium European Products Look Ahead to New Growth Opportunities in Malaysia

    Entering its third year in Malaysia, the Premium European Products programme builds on two years of strong market engagement and success, while opening new opportunities to further connect European food…

    Malaysia’s Deep-Sea Tuna Frontier: A RM100 Million Bet on Maritime Economic Transformation

    The Strategic Pivot Toward Oceanic Fisheries Malaysia’s deep-sea fishing industry stands at a critical inflection point. For decades, the nation’s fisheries sector has been dominated by coastal and inshore operations,…

    You Missed

    PLN NPC dan TSG Teken Kontrak Kolaborasi Proyek Gas Insulated Switchgear

    PLN NPC dan TSG Teken Kontrak Kolaborasi Proyek Gas Insulated Switchgear

    Pertamina SMEXPO Yogyakarta Bukukan Capaian Rp3,8 Miliar, Buka Peluang Pasar Lebih Luas bagi UMKM

    Pertamina SMEXPO Yogyakarta Bukukan Capaian Rp3,8 Miliar, Buka Peluang Pasar Lebih Luas bagi UMKM

    KAI Bandara Salurkan Bantuan Pendidikan untuk Anak-anak Panti Asuhan Al Washliyah Lubuk Pakam

    KAI Bandara Salurkan Bantuan Pendidikan untuk Anak-anak Panti Asuhan Al Washliyah Lubuk Pakam

    Buktikan Daya Saing Global, Siswa BINUS SCHOOL Torehkan Nilai IB dan Cambridge di Atas Rata-Rata Dunia

    Buktikan Daya Saing Global, Siswa BINUS SCHOOL Torehkan Nilai IB dan Cambridge di Atas Rata-Rata Dunia

    Pelindo Multi Terminal Perkuat Layanan Nonpetikemas Pelabuhan Belawan

    Pelindo Multi Terminal Perkuat Layanan Nonpetikemas Pelabuhan Belawan

    Bittime: Empat Faktor Ini Perlu Dicermati Investor Kripto di Q4 2026

    Bittime: Empat Faktor Ini Perlu Dicermati Investor Kripto di Q4 2026